Ahad, 13 Mac 2011

Rukun ke 3 : Sai'e





Sai'e
Sa'ie ialah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah 
sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah dari ayat 158 yang bermaksud :
" Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian daripada Syiar ( lambang ) 
agama Allah".
Syarat-Syarat Sa'ie :
  1. Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas tawaf Qudum.
  2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah.
  3. Cukup tujuh kali dengan yakin iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari 
    Marwah ke Safa sekali.
  4. Hendaklah Sa'ie hingga sampai ke penghujung tempat Sa'ie di Bukit Safa dan 
    di Bukit Marwah pada tempat yang dikehendaki pada tiap-tiap kali. Orang yang 
    bersa'ie dengan diusung atau berkereta sorong hendaklah mempastikan bahawa 
    usungan atau kereta sorong bermula dari tempat permulaan dan kesudahannya 
    pada tempat yang sepatutnya.
  5. Hendaklah sa'ie di Batnul Wadi ( tempat yang termaklum ).
  6. Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa'ie.
Sunat-Sunat Di Dalam Masa Mengerjakan Sa'ie
  1. Keluar ke tempat sa'ie dengan melalui pintu Safa.
  2. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai batu-batu bukit.
  3. Mengadap ke arah Kiblat dan melambai kedua tangan serta bertakbir 
    setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah.
  4. Berlari-lari anak bagi lelaki, tidak bagi wanita apabila sampai di suatu 
    tempat yang bertanda lampu hijau atau tiang hijau dan membaca doanya.
  5. Muwalat ( berturut-turut )
  6. Berwuduk.
  7. Berjalan kecuali jika ada uzur bolehlah menggunakan kenderaan.


    Sertai Pakej umrah dan ziarah bersama Tiram travel dengan
     harga serendah RM 4290 sahaja!. Pasti menyeronokkan!.
     Untuk Makluman lanjut, Sila hubungi HJ Bidin Mat - 019 550 8702 segera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan