Jumaat, 4 Mac 2011

Rukun ke 1 : Ihram

Niat Ihram


Iaitu niat masuk mengerjakan Haji atau Umrah atau kedua-duanya sekali, sesiapa yang berbuat demikian maka ia dianggap sudah berihram dan haramlah ke atasnya melakukan setengah-setengah perkara yang mana sebelum ihramnya diharuskan seperti memakai pakaian bersarung bagi lelaki, menutup muka dan tapak tangan ( pergelangan tangan ) bagi perempuan. Memakai bau-bauan, bersetubuh, memburu binatang, menebang atau mencabut pokok di Tanah Haram dan lain-lain daripada perkara pantang larang di dalam ihram.


Memakai Pakaian Ihram
Sebelum seseorang itu berniat ihram di Miqat hendaklah ia memakai pakaian ihram. Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas ( tidak bercantum ) sehelai dipakai untuk menutup auratnya iaitu di antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram bagi perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan tapak tangan ( Pergelangan tangan hendaklah sentiasa terbuka sebagai mana di dalam sembahyang ). - Cara-cara memakai pakaian ihram. 


Perkara Sunat Sebelum Berihram
  1. Mengerat kuku
  2. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai, janggut dan rambut.
  3. Mandi sunat ihram.
  4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
  5. Memakai pakaian ihram berwarna putih.
  6. Sembahyang sunat ihram.
  7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat ihram.
Setelah sempurna memakai pakaian ihram, maka bolehlah berniat ihram untuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali bagi orang yang mengerjakan haji Qiran.
Perhatian : Perempuan yang dalam haid atau nifas boleh berniat haji atau umrah atau kedua-duanya.

Sertai Pakej umrah dan ziarah bersama Tiram travel dengan harga serendah RM 4290 sahaja!. Pasti menyeronokkan!.
 Untuk Makluman lanjut, Sila hubungi HJ Bidin Mat - 019 550 8702 segera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan