Selasa, 8 Mac 2011

Rukun ke 2 : Tawaf

Tawaf
Tawaf itu mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya. Syarat-Syarat Tawaf
  1. Suci daripada dua hadas ( hadas besar dan kecil ).
  2. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.
  3. Menutup aurat sebagaimana di dalam sembahyang.
  4. Hendaklah dimulakan pada sudut al-Hajar al-Aswad dan berniat tawaf jika tawaf Qudum, nazar, sunat atau Wida' ( tidak wajib berniat pada tawaf haji atau umrah ).
  5. Menjadikan Baitullah itu di sebelah kiri setiap saat ia berjalan tawaf
  6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf, tidak sah tawaf sekiranya berjalan dengan tujuan lain seperti hendak mencari kawan atau sebagainya.dan hendaklah ke hadapan.
  7. Cukup tujuh keliling dengan yakin.
  8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah seperti Hijir Ismail dan Shazarwan ( tembok yang dijadikan bingkai di kaki Baitullah, kerana ia termasuk di dalam bahagian Kaabah ).
Jenis-Jenis Tawaf
  1. Tawaf Ifadah - Ialah tawaf rukun Umrah bagi mereka yang mengerjakan Umrah
  2. Tawaf Qudum - Ialah tawaf selamat datang ke Makkah mengunjungi Baitullah.
  3. Tawaf Sunat - Iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai.
  4. Tawaf Nazar - Iaitu tawaf yang dinazarkan.
  5. Tawaf Wada' - ( Tawaf Selamat Tinggal ) wajib dilakukan apabila seseorang itu hendak meninggalkan Makkah kerana menghormati dan memuliakan Baitullah Al-Haram. Kelima-lima jenis tawaf ini samalah juga dengan tawaf rukun tentang syarat-syarat dan cara-cara mengerjakannya.
Sunat-Sunat Dalam Mengerjakan Tawaf
Di antaranya :
  1. Keadaan tawaf itu berjalan kaki ( kecuali bagi mereka yang uzur bolehlah diusung ).
  2. Berittibak ( menjadikan tengah kain selendang di bawak ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas bahu kiri. Tinggal bahu kanan terbuka ) bagi lelaki yang mengerjakan tawaf haji dan umrah.Yang diikuti selepasnya dengan Sai'e ( dan makruh ittibak dalam sembahyang).
  3. Melakukan ramal ( berlari-lari anak dengan memendekkan langkah, tidak melompat ) bagi lelaki pada keliling yang pertama, kedua dan ketiga - iaitu pada tawaf yang ada sai'e selepasnya.
  4. Melakukan Istilam iaitu menjabat Al-Hajar Al-Aswad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya, Kalau tidak dapat, disunatkan isyarat dengan tangan sahaja dari jauh, kemudian kucup tapak tangannya, begitu juga Istilam di rukun Yamani tetapi tidak sunat mengucup rukun tersebut. Dan yang sunat mengucup tapak tangannya sahaja. Bagi orang perempuan tidak sunat melakukan Istilam kecuali ketika lapang dan jika tidak, memadai dengan isyarat sebagaimana di atas.
  5. Membaca zikir dan doa yang warid.
  6. Berturut-turut tujuh pusingan tawaf itu.
  7. Tawaf dengan tawaduk dan khusyu'
  8. Sembahyang sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat pula sembahyang itu di belakang Maqam Ibrahim.

Sertai Pakej umrah dan ziarah bersama Tiram travel dengan harga serendah RM 4290 sahaja!. Pasti menyeronokkan!.
 Untuk Makluman lanjut, Sila hubungi HJ Bidin Mat - 019 550 8702 segera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan