Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syarat serta menunaikan segala wajib-wajibnya. Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun jika tidak berada dalam ihram haji.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Junjungan Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Mengerjakan Umrah kepada satu Umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara tempoh keduanya dan Haji yang mabrur ( yang penuh dengan kebajikan ) tidak ada balasannya melainkan syurga".
Diriwayat daripada Imam Ahmad
Syarat Wajib Umrah dan Haji
1. Islam | Tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad |
2. Baligh | Tidak wajib ke atas kanak-kanak dan jika ia mengerjakannya adalah sah tetapi tidak menggugurkan haji fardhunya. |
3. Berakal | Tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah hajinya jika dilakukan |
4. Merdeka | Hamba abdi tidak diwajibkan haji tetapi sah dan mendapat pahala jika dilakukan. |
5. Berkuasa | Berkuasa dengan sendiri atau dengan pertolongan orang lain. |
Rukun Umrah
Rukun-rukun mengerjakan Umrah adalah seperti yang berikut ;
Niat Ihram
Tawaf di Baitullah
Sai'e
Bercukur/bergunting
Tertib
Sertai Pakej umrah dan ziarah bersama Tiram travel dengan harga serendah RM 4290 sahaja!. Pasti menyeronokkan!.
Untuk Makluman lanjut, Sila hubungi HJ Bidin Mat - 019 550 8702 segera